Pages

21,22,23 kiamat adalah diolah oleh orang yang tidak bertanggungjawab

 
                                                  




Bumi Akan Bergelap Pada 23, 24 dan 25 Disember 2012

Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena bumi akan gelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Disember 2012. Apakah ini satu bencana atau anugerah? Entah benar atau ke tidak hanyalah jangkaan manusia sahaja.



Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan berakhirnya usia  dunia, tapi ini adalah “Penyejajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.

Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru (Dark of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.



Semasa kejadian ini berlaku, bersedialah, ketenangan amatlah diperlukan, saling berhubung antara satu sama lain, berdoa, dan terus berdoa. Beristirehatlah di rumah selama 3 hari tu

Banyak perbahasan tentang apa yang akan terjadi 3 hari tersebut tapi ramai yang tidak percaya. Gini je lah!, kita tunggu dan lihat je lah nanti pada 23, 24 dan 24 Disember 2012 tu, ni hanyalah jangkaan atau ramalan manusia je, tak pasti. Tapi kalau benar-benar terjadi, sekurang-kurang kita dah tahu dan bersedia menghadapi dunia baru selama 3 hari tu nanti.

PENJELASAN SEBENAR

SEMUA INI HANYA TIDAK BENAR..... CC: angkasa.gov.my


PENJELASAN BERKENAAN ARTIKEL "BUMI AKAN BERGELAP PADA 23, 24 DAN 25 DISEMBER 2012"
WE ARE SORRY. THIS ARTICLE IS ONLY APPLICABLE IN MALAY VERSION.

Kuala Lumpur, 24 Oktober - Pihak Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia ingin membuat pembetulan kenyataan dari sudut sains berhubung dengan blog-blog dan artikel-artikel berkenaan Bumi Akan Bergelap Pada 23, 24 Dan 25 Disember 2012. 

Maklumat tersebut adalah seperti berikut:

     1.    Pada 21 Disember atau tarikh-tarikh berhampiran seperti 23, 24 dan 25 Disember, Bumi, Matahari dan pusat Galaksi kita (Bima Sakti) akan berada
            pada kedudukan selari seperti di rajah 1.

     2.    Berhampiran pusat Galaksi terdapat "Dark Dust Clouds" (awan-awan debu gelap) yang boleh menghalang kita daripada melihat sebahagian Galaksi kita.




  
Jadi, andaian orang ramai adalah seperti berikut:
"Bila Bumi, Matahari dan pusat Galaksi selari (penjajaran) maka akan berlaku penumpuan daya gravity daripada Bumi, Matahari dan pusat Galaksi sehingga boleh mengakibatkan kemusnahan alam semesta.
"Bila Bumi, Matahari dan pusat Galaksi selari di mana terdapat awan-awan debu gelap berhampiran pusat Galaksi maka Bumi akan bergelap.
Semua andaian di atas adalah tidak benar kerana:
"Pusat Galaksi terlalu jauh dari Bumi dan Matahari (165 quadrillion batu), jadi kesan tarikan gravity adalah terlalu kecil.
"Awan-awan debu gelap menghalang penglihatan kita kea rah pusat Galaksi bukannya menghalang Matahari daripada dilihat dari Bumi.
Terdapat juga video You Tube oleh pihak NASA yang telah disalahguna oleh pihak tertentu yang menunjukkan Pegawai Tabir NASA, Charles F. Bolden, Jr memberi penerangan berkenaan persediaan peribadi dan keluarga sekiranya berlaku kecemasan; merujuk kejadian 911, puting beliung, gempa bumi dan sebagainya. Pihak-pihak tertentu telah memanipulasi video tersebut dengan artikel  "Bumi Akan Bergelap Pada 23, 24 Dan 25 Disember 2012".

Sekiranya pihak tuan/puan memerlukan penjelasan lebih lanjut berkenaan perkara ini, sila hubungi Pegawai Sains ANGKASA, En Zamri Mastor dan En Fairos Asilam atau Pegawai Penerangan En Balasupramaniam di talian 03-8888 8668.
SUMBER BERNAMA

No comments:

Post a Comment