Korang ingat lagi tak cara nak kira GPA dab CGPA. Hish, kalu korang budak U jangan pulak cakap korang tak tahu apa benda GPA tu. Secara ringkas GPA tu ialah Grade Point Average atau Purata Nilai Gred iaitu nilai yang didapati secara purata terhadap keputusan yang diperoleh bagi satu semester itu. Contohnya ada subjek korang dapat A, ada subjek dapat B-, ada subjek dapat C. Tapi daripada gred ni, macam mana kita nak kira GPA kita.
Secara ringkas nilai gred :
A + : 4.00
A : 4.00
A - : 3.70
B + : 3.30
B : 3.00
B - : 2.70
C + : 2.30
C : 2.00
C - : 1.70
D + : 1.30
D : 1.00
E : 0.70
F : 0.00
Keputusan Semester 1
Subject Kredit Gred Mata Nilai Jumlah Mata Nilai
1 Programming For Engineers 3 B 3.00 9.00
2 Statics 3 B 3.00 9.00
3 Thermodynamics I 3 A- 3.70 11.10
4 Laboratory I 2 A- 3.70 7.40
5 Calculus 2 B- 2.70 5.40
6 English For Academic Communication 2 B- 2.70 5.40
7 Islamic And Asian Civilization I 2 B+ 3.30 6.60
Pengiraan GPA Bagi Semester 1 :-
GPA = Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai
Hasil tambah semua kredit
GPA = 9.00+9.00+11.10+7.40+5.40+5.40+6.60
3+3+3+2+2+2+2
GPA = 53.90
17
GPA sem 1 = 3.17
Keputusan Semester 2
Subject Kredit Gred Mata Nilai Jumlah Mata Nilai
1 Dynamics 3 B 3.00 9.00
2 Engineering Drawing 3 B+ 3.30 9.90
3 Material Science 3 C- 1.70 5.10
4 Engineering Mathematics 3 B- 2.70 8.10
5 Islamic And Asian Civilization II 2 B- 2.70 5.40
6 Swimming I 1 A 4.00 4.00
Pengiraan GPA Bagi Semester 2 :-
GPA = Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai
Hasil tambah semua kredit
GPA = 9.00+9.90+5.10+8.10+5.40+4.00
3+3+3+3+2+1
GPA = 41.50
15
GPA sem 2 = 2.77
Sekarang anda dah tahu macam mana nak kira GPA. Sekarang kita tengok pulak cara nak kira CGPA.
Pengiraan CGPA Bagi Semester 1:-
Untuk semester pertama, nilai CGPA dan GPA adalah sama kerana purata diperoleh dengan mengira keputusan satu semester sahaja iaitu semester 1. Oleh itu CGPA = GPA untuk semester pertama sahaja.
CGPA = Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai bagi semua semester
Hasil tambah semua kredit bagi semua semester
CGPA = 53.90
17
CGPA sem 1 = 3.17
Pengiraan CGPA Bagi Semester 2 :-
Pada semester kedua, nilai CGPA diperoleh dengan mendapatkan purata bagi keputusan kedua-dua semester iaitu semester 1 dan 2.
CGPA = Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai bagi semua semester
Hasil tambah semua kredit bagi semua semester
CGPA = 53.90+41.50
17+15
CGPA = 95.40
32
CGPA sem 2 = 2.98
Salam....
ReplyDeletesaya ada buat app untuk kira gpa dan cgpa...boleh track every semester. Boleh download dekat sini.
http://www.izzulaslam.com/en/component/jdownloads/download/3-4flat/3-unsigned-4flat-apk
TQ
Klau nak kira ponteng untuk subjek 3 jam kredit ?
Deletepelajar baru universiti tak peduli pun gpa cgpa tu apa. belajar main2. lepas tu menyesal bila cgpa susah naik walaupun score tahun 3,4
ReplyDeleteTapi x semua macam tu..afa sesetengah yg masih berusaha untuk belajar dan capai impian masing²..jangan samakan semua org,ok??
DeleteKalau x peduli, takdelah bukak blog ni bongok
DeleteDean's list second semester tengok gpa atau cgpa? Buku semua tulis kena tgk pngk? Mana satu ye
ReplyDeleteMcm mna nk kira kredit.Ada yg 3.Ada yg 4/2/1
ReplyDeleteMcm mna nk kira kredit.Ada yg 3.Ada yg 4/2/1
ReplyDeleteMcm mna nk kira kredit.Ada yg 3.Ada yg 4/2/1
ReplyDeleteAda error di situ:
ReplyDeleteA+ = 4.30
bukan 4.00
mcm mana kira pointer last utk 6 semester
ReplyDelete